My Add

Monday 13 August 2012

MB Selangor perlu letak jawatan jika gagal ambilalih SYABAS

PUTRAJAYA, ISNIN, 13 Ogos, 2012: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dicabar meletak jawatan sekiranya tidak berjaya mengambilalih Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) menjelang September nanti, sepertimana yang beliau janjikan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, sebagai seorang tokoh korporat, Abdul Khalid seharusnya lebih tahu tentang proses pengambilalihan syarikat.

"Kita tunggu dan kita takkan kacau, kita biar dia uruskan. Tapi kalau tak boleh ambil alih juga beliau harus letak jawatan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan papan seranta awam atas talian kedua Draf Rang Undang-Undang Kebajikan Haiwan, di pejabatnya di sini, hari ini.

Noh yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor berkata, pada masa yang sama Abdul Khalid juga tidak boleh menghalang projek Loji Rawatan Air Langat 2 daripada diteruskan, kerana sama ada pengambilalihan itu berjaya atau tidak, rakyat Selangor tetap memerlukan bekalan air bersih.

Beliau berkata, kerajaan pusat bertolak ansur sebelum ini dengan membelanjakan sejumlah RM600 juta untuk projek-projek mitigasi air di Selangor bagi mengelakkan krisis air, termasuk membina loji Sungai Labu dengan kos RM298 juta untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan air di sekitar Sepang. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment