My Add

Wednesday 15 August 2012

Mercun, rokok, arak dirampas

MELAKA, SELASA, 14 Ogos, 2012: Padah kerana menjual mercun di bazar Ramadan, seorang lelaki dan wanita ditahan Jabatan Kastam Diraja Malaysia negeri di Taman Cempaka di sini semalam.

Pengarah Kastam negeri, Datuk Mohd. Nasir Said berkata, dalam serbuan pukul 10 malam, lelaki berumur 40 tahun dan wanita berumur 30 tahun itu ditahan di dua lokasi di bazar tersebut.

Menurut beliau, kedua-dua mereka ditahan ketika menjual bahan letupan berkenaan secara terbuka dan disiasat mengikut Seksyen 135 Akta Kastam 1967.

"Kastam juga telah merampas mercun dan bunga api bernilai RM11,880 termasuk cukai. Kita juga akan menyiasat dari mana mereka mendapatkan bekalan mercun serta bunga api ini," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Bahagian Penguat Kuasa, Abd. Manan Muda. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment