My Add

Wednesday 15 August 2012

Mohd Zin dedah arahan kurangkan air terawat di Selangor

Mohd Zin 
SHAH ALAM, RABU, 15 Ogos, 2012: Datuk Seri Mohd Zin Mohamed hari ini mendedahkan tindakan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) menerusi Kumpulan Peransang Selangor (KPS) mengeluarkan surat arahan kepada Konsortium ABBAS Sdn Bhd (ABBAS) supaya mengurangkkan pengeluaran air terawat daripada 145 juta gelen kepada 120 juta gelen sehari.

Penyelaras BN Selangor itu berkata, surat bertarikh 29 Disember 2011 itu dinafikan KPS malah syarikat itu tampil dengan mendedahkan data pengeluaran air dari ABASS bermula Januari 2011 hingga Februari 2012.
"Hakikatnya memo yang dikeluarkan pihak KPS adalah bertarikh 29 Disember 2011. Bermakna arahan yang dikeluarkan adalah baru dan bukannya bermula sejak Januari 2011.

"Arahan ini dikatakan mencapai kata sepakat Lembaga Pengarah PKS. Apa yang mendukacitakan kami ialah kerajaan negeri menerusi KPS sanggup mengeluarkan arahan ini," katanya pada sidang media di Bangunan Perhubungan UMNO Selangor di sini, sebentar tadi.

Katanya, kerajaan negeri juga bersikap retorik apabila sering mengatakan bahawa semua agenda mereka adalah untuk kepentingan rakyat namun arahan pengurangan kapasiti air terawat jels membuktikan mereka sebenarnya mengutamakan kepentingan peribadi. - BH

No comments:

Post a Comment