My Add

Tuesday 14 August 2012

Muaiman, Muaimin semakin baik, perlu rawatan 6 bulan lagi

*A. RAHIM Nin (kiri) melihat keadaan Muaiman Azli dan Muaimin Azli pada Program Titian Kasih di Wad Pediatrik Hospital Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan Azli Sabran (tengah).

KUALA LUMPUR, ISNIN, 13 Ogos, 2012: Pasangan kembar siam yang telah dipisahkan, Muaiman dan Muaimin Azli, setahun tiga bulan, dijangka dibenarkan pulang ke rumah tidak lama lagi berikutan keadaan kesihatan mereka yang semakin baik.

Muaiman dan Muaimin ketika ditemui di Wad Pediatrik, Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL) di sini hari ini bukan sahaja menunjukkan reaksi positif, malah mereka turut berkongsi hobi baru iaitu gemar mendengar radio.

Bapa kepada pasangan itu, Azli Sabran, 40, berkata, kedua-dua anaknya itu sememangnya suka mendengar lagu-lagu yang dipasangkan menerusi telefon bimbitnya.

''Itulah perangai Aiman dan Aimin sekarang. Melihatkan keadaan mereka, membuatkan saya tidak sabar-sabar untuk membawa pulang ke rumah,'' katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan pegawai dan kakitangan Pejabat Daerah Segamat. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment