My Add

Monday 13 August 2012

Najib dan rombongan tunai umrah

*PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor keluar dari Masjidil Haram selepas menunaikan ibadat umrah di Makkah, hari ini. Beliau berada di Arab Saudi sempena Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC). - Foto BERNAMA

MAKKAH, ISNIN, 13 Ogos, 2012: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang tiba di tanah suci Makkah awal hari ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Luar Biasa kali ke-4 Persidangan Kerjasama Islam (OIC) esok, memulakan aturcara beliau dengan menunaikan ibadah umrah.

Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta anggota rombongannya termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Syed Omar Mohamad Al-Saggaf memulakan ibadah Umrah dengan tawaf mengelilingi Kaabah kira-kira 7 pagi waktu tempatan.

Sidang Kemuncak Luar Biasa OIC itu bertujuan membincangkan situasi terkini di negara dan dunia Islam dengan hasrat mengembalikan dan mengukuhkan perpaduan umat Islam serata dunia serta memerangi unsur yang membawa kepada perbalahan dan kekacauan.

Sidang kemuncak anjuran Raja Arab Saudi Raja Abdullah Abdul Aziz itu berlangsung di As-Safa Palace yang terletak bersebelahan Masjidil Haram dan ia bermula selepas solat tarawih kira-kira 11 malam sehingga waktu bersahur kira-kira 4 pagi mulai malam esok dan lusa.

Kesemua 57 pemimpin dan wakil negara anggota OIC mengesahkan akan menghadiri sidang kemuncak luar biasa berkenaan.

Najib dijangka menyampaikan kenyataan pendirian Malaysia terhadap isu yang bakal dibangkitkan dalam sidang kemuncak itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment