My Add

Thursday 16 August 2012

Nallakaruppan cabar Anwar

Nalllakaruppan

 
Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
KUALA LUMPUR, RABU, 15 Ogos, 2012: Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), Datuk S. Nallakaruppan hari ini secara terbuka mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat mengenai isu moral Ketua Pembangkang itu.

Menurut Nallakaruppan, debat itu perlu kerana beliau tidak sabar untuk mendedahkan perkara tersebut kepada umum, apatah lagi kes saman yang difailkan oleh Anwar terhadapnya dalam isu berkenaan sehingga kini masih belum bermula.

Katanya, dalam debat tersebut, beliau bersedia mendedahkan identiti sebenar Anwar dan perlakuan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sepanjang 30 tahun persahabatan rapat mereka sebelum meninggalkan PKR.

"Anwar mahu memanggil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berdebat. Bagaimanapun Anwar perlu memanggil saya untuk berdebat terlebih dahulu dalam isu-isu moral melibatkan beliau.

"Saya minta beliau menetapkan tempat debat itu dan bersedia pergi biarpun pada pukul 2 pagi. Beliau tidak perlu panggil Perdana Menteri berdebat, saya sudah gelar Anwar sejak dulu, bukan hari ini," katanya pada sidang akhbar di sini.

Pada 19 Mac lalu, Nallakaruppan dalam satu sidang akhbar secara terbuka mendakwa Anwar terlibat dalam aktiviti tidak bermoral berdasarkan pengalamannya yang pernah berkawan baik selama 30 tahun dengan Penasihat PKR itu.

Bagaimanapun, Anwar melalui peguamnya menyaman Nallakaruppan dan Utusan Melayu (M) Bhd. berhubung penyiaran berita itu dan mahkamah menetapkan perbicaraan pada 1 November depan.

Dalam perkembangan lain, Nallakaruppan yang juga Ahli Dewan Negara menegaskan, tindakan Anwar yang kini giat melobi supaya wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di Sabah dan Sarawak melompat parti bertujuan mengkucar-kacirkan kedua-dua negeri berkenaan.

"Dia sebelum ini melakukan perkara serupa di Semenanjung tetapi tidak berjaya. Kini cuba melakukannya di Sabah dan Sarawak tetapi kita percaya di sana juga tidak akan berjaya, siapa yang lupa mengenai 16 September," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment