My Add

Tuesday 14 August 2012

Nik Aziz tidak kisah Karpal tolak hudud

KOTA BHARU, ISNIN, 13 Ogos, 2012: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak peduli sekiranya Pengerusi DAP, Karpal Singh terus membuat kenyataan menolak negara Islam dan hukum hudud yang diperjuangkan Pas.

Beliau berkata, kenyataan yang dibuat Karpal itu secara tidak langsung menyedarkan orang ramai mengenai negara Islam dan hukum hudud yang sebenarnya.

"Saya setuju biar dia 'geger' sokmo (selalu bising), daripada geger itulah orang faham tetapi jangan caci, guna akal kita,'' katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Karpal baru-baru ini yang menegaskan pelaksanaan hukum hudud dan penubuhan negara Islam oleh Pas adalah perkara yang paling tidak dipersetujui parti tersebut.

Menurut Karpal, DAP konsisten berhubung perkara itu dan pendirian parti tersebut tidak pernah berubah sejak sekian lama malah akan terus mempertahankannya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment