My Add

Monday 13 August 2012

OIC ucap takziah kepada mangsa gempa bumi Iran

KUALA LUMPUR, ISNIN, 13 Ogos, 2012: Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Ekmeleddin Ihsanoglu merakamkan ucapan takziah di atas kematian 250 orang dalam kejadian dua gempa bumi di bandaraya Tabriz dan Varzaghan di Iran.

Beliau merasa amat dukacita dengan angka korban yang besar itu.
"Saya melahirkan rasa simpati dan doa saya untuk saudara-saudara Islam kita di Iran yang terlibat dalam bencana alam ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"OIC bersedia untuk membantu rakyat Iran," kata Ihsanoglu.

Beliau turut memuji pihak berkuasa Iran di atas tindakan pantas mereka yang dilakukan selepas berlakunya gempa bumi itu.

"Saya berharap semangat bulan Ramadan yang mulia ini akan menggalakkan semua pihak mengatasi bencana ini denga sabar dan tabah," katanya.

Menurut laporan berita, dua kejadian gempa bumi terbabit mengakibatkan kira-kira 16,000 orang hilang tempat tinggal dan 1,380 cedera.
Ribuan orang terpaksa berada di luar rumah berikutan berlaku 20 gegaran susulan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment