My Add

Monday 13 August 2012

Operasi 6P: Lelaki Afrika gagal lolos diri melalui siling

*MOHD. Zamberi Abdul Aziz (tengah) bersama Timbalan Penolong Pengarah Imigresen II, Mohd. Izzat Mohd. Jamil memeriksa sebahagian warga asing yang ditahan dalam Ops Bersepadu 6P di Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA, AHAD, 12 Ogos, 2012: Seorang lelaki warga Nigeria nyaris maut apabila percubaannya untuk melarikan diri menerusi bumbung pangsapuri kediamannya di tingkat atas sekali gagal lalu terjatuh.

Dalam program membanteras pendatang tanpa izin (PATI) menerusi Operasi Bersepadu 6P itu, lelaki tersebut bernasib baik apabila jatuh di balkoni rumahnya yang hanya kurang semeter daripada tebing.

Menurut Pengarah Penguatkuasa Jabatan Imigresen Putrajaya, Mohd. Zamberi Abdul Aziz berkata, lelaki tersebut itu merupakan seorang daripada 11 lelaki Nigeria yang ditahan kerana melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment