My Add

Sunday 12 August 2012

Pamer tanda harga merah jambu pada barangan kawalan:

BERA, SABTU, 12 Ogos, 2012:: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memberi amaran kepada peniaga supaya mempamerkan tanda harga merah jambu pada 20 jenis barangan kawalan atau berdepan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Akta Pencatutan 2011 jika gagal berbuat demikian.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagi peniaga yang tidak mempamerkan tanda harga merah jambu denda RM10,000 akan dikenakan.
Peniaga yang menjual harga lebih daripada harga siling dan tidak meletakkan tanda harga pula boleh didenda RM100,000 atau penjara 3 tahun atau kedua-duanya sekali.

"Tindakan ini terpaksa dilakukan bagi membendung peniaga daripada menaikkan harga dengan tujuan mengaut keuntungan pada musim perayaan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan majlis Skim Kawalan Harga dan Jualan Mesra musim perayaan hari raya Aidilfitri 2012 di Dataran Kerayong, Bera di sini, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment