My Add

Tuesday 14 August 2012

Pas bakal terumbang

Oleh HUSSAINI AMRAN
KUALA LUMPUR, ISNIN, 13 Ogos, 2012: Sikap Pas yang tunduk kepada kehendak DAP sehingga sanggup mengorbankan prinsip perjuangan menegakkan sebuah negara Islam boleh menyebabkan parti itu terumbang-ambing dalam arena politik negara.

Pengerusi Pusat Kajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Fuad Mohd. Jali (gambar) berkata, Pas mungkin berbuat demikian untuk meraih simpati rakyat.

Bagaimanapun, jelasnya, tindakan itu boleh menyebabkan Pas kehilangan sokongan daripada para pengundi yang kecewa dengan ketidakupayaan parti tersebut menjadi kuasa dominan dalam pakatan pembangkang.

Katanya, penyokong Pas mahu melihat parti itu bertegas dan tidak berkompromi dengan DAP dan PKR dalam isu-isu berkaitan perjuangan menegakkan negara Islam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment