My Add

Wednesday 15 August 2012

Pas perlu nyatakan pendirian - Nasharuddin Mat Isa

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
KUALA LUMPUR, SELASA, 14 Ogos, 2012: Pas perlu menyatakan pendirian sebenar parti itu berhubung penolakan secara konsisten DAP dan Pengerusinya, Karpal Singh terhadap cita-cita menubuhkan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud atau keluar segera daripada pakatan pembangkang.

Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa berkata, perkara itu wajar diberi perhatian serius pucuk pimpinan Pas ekoran timbulnya keresahan di kalangan penyokong-penyokong di peringkat akar umbi selepas DAP dan Karpal berterusan menolak asas perjuangan Pas.

"Sebagai ahli parti, saya minta Pas nyatakan pendirian sebenar mereka berhubung isu ini. Ahli-ahli di peringkat akar umbi resah apabila melihat keadaan yang berlaku antara Pas dan DAP.

"Nampaknya DAP dan Karpal secara konsisten menolak penubuhan sebuah negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud. Sesuatu perlu dilakukan dan bagi saya Pas perlu keluar daripada pakatan pembangkang," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment