My Add

Wednesday 15 August 2012

Pas semakin bacul kerana tunduk kepada Karpal Singh

KUALA LUMPUR, SELASA, 14 Ogos, 2012: Tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tidak kisah jika Karpal Singh berterusan mengeluarkan kenyataan menolak hukum hudud membuktikan parti yang menggugurkan perjuangan untuk menubuh negara Islam itu bacul.

Pada masa sama, Presiden Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, keputusan Menteri Besar Kelantan itu bersetuju untuk Karpal sentiasa bising mengenai hudud juga menunjukkan pemimpin veteran Pas tersebut lemah serta ketandusan idea.

Katanya, tindakan Nik Abdul Aziz itu bakal mengundang pemahaman serong orang ramai terhadap hudud kerana Karpal tidak layak bercakap mengenai hukum Islam dan sepatutnya seluruh pemimpin Pas bangkit menentang kebiadapan Pengerusi DAP tersebut.

"Saya pelik bagaimana Nik Abdul Aziz boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian. Beliau seorang Mursyidul Am tetapi bersetuju dengan perbuatan Karpal? Ini bakal menimbulkan kekeliruan kerana Karpal bukan semata-mata bising tetapi menolak hudud," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment