My Add

Monday 13 August 2012

Pas semakin dayus - Hasan Ali

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
KUALA LUMPUR, AHAD, 12 Ogos, 2012: Tindakan pemimpin Pas termasuk Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi pelbagai hujah serta dalil bagi mewajarkan penghinaan Karpal Singh dalam isu hudud menunjukkan parti itu kini dayus.

Bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Hasan Basri Mohamad berkata, perbuatan itu juga umpama 'hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong' sedangkan Karpal kekal dan tidak pernah berganjak daripada pendiriannya.

Sambil melahirkan kekecewaan, beliau berkata, kebiadaban Karpal termasuk menggesa bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas memberi kuliah kepada pemimpin Pas dalam isu hudud adalah disebabkan kelemahan parti itu sendiri.

"Isunya sekarang kenapa pemimpin-pemimpin Pas ini begitu beria-ia mencari hujah untuk mempertahan Karpal? Apakah benar pemimpin Pas kini sudah boleh menerima penghinaan daripada DAP semata-mata demi politik?" tanya beliau. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment