My Add

Thursday 16 August 2012

Pasaran automotif keenam terbesar

KUALA LUMPUR, RABU, 15 Ogos, 2012: Rantau Asia Tenggara (ASEAN) dijangka menjadi pasaran automotif keenam terbesar di dunia menjelang 2018 berikutan jualan kenderaan hampir berganda kepada hampir 4.7 juta unit, berbanding dengan 2.4 juta unit tahun lepas.

Indonesia dan Thailand dijangka menerajui pertumbuhan itu, kata Frost & Sullivan dalam satu analisis, CEO 360 Degree Perspective mengenai Industri Automotif di ASEAN, yang meliputi empat pasaran automotif Indonesia, Malaysia, Thailand dan Vietnam.

Kajian mendapati pasaran itu berkemungkinan berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) 10.1 peratus dari 2011 hingga 2018.

"Jualan kenderaan Thailand dan Indonesia kemungkinan mencecah sejuta unit menjelang 2013, yang dipacu oleh permintaan tempatan, peningkatan kuasa membeli dan pelaburan signifikan dari pengeluar peralatan asli Jepun (OEM)," kata Pengurus Penyelidikan Asia Pasifik Automotive Practice, Vijayendra Rao dalam satu kenyataan.

"Thailand dijangka terus menjadi dominan sebagai hab pengeluaran di ASEAN berikutan pelaburan signifikan oleh OEM Jepun, insentif dari kerajaan, asas bekalan bakat yang baik dan yang diperlukan," katanya.

Katanya, kerajaan Malaysia telah melanjutkan pengecualian cukai penuh duti import dan duti eksais terhadap kereta hibrid dan elektrik bagi kenderaan di bawah 2,000cc sehingga 31 Disember 2013.

"Ini mendorong kepada pertumbuhan besar jualan bagi model hibrid seperti Honda Insight, Toyota Prius dan Lexus CT 200h," katanya.

Bagaimanapun, pengeluar automotif perlu meningkatkan usaha untuk mendidik orang ramai mengenai teknologi itu dan menangani kebimbangan pengguna mengenai kos penyelenggaraan kenderaan.

Pada masa yang sama, katanya wujud keperluan untuk memperkenalkan lebih banyak model yang menarik untuk menarik pengguna.

Vijayendra berkata, syarikat automotif India dan China juga sedang mengkaji untuk berkembang ke ASEAN. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment