My Add

Monday 13 August 2012

Pasukan khas siasatan letup mesin ATM

MELAKA, ISNIN, 13 Ogos, 2012: Polis Melaka menubuhkan sebuah pasukan khas bagi mengesan suspek yang meletupkan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Bank Rakyat cawangan Bandar Baru Utama Masjid Tanah di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bank itu menunjukkan seorang lelaki yang memakai topi keledar bertutup dan jaket berwarna biru, memasang sesuatu pada sebuah daripada dua mesin ATM di premis tersebut pada pukul 3.23 pagi.

Bom dipercayai buatan sendiri itu meletup pada 3.34 pagi bagaimanapun hanya merosakkan bahagian luar mesin ATM dan gagal memecahkan peti simpanan wang.

"Suspek yang gagal mendapatkan duit daripada mesin ATM itu kemudian melarikan diri,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment