My Add

Thursday 16 August 2012

Patuhi harga atau kompaun RM50,000 - Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, RABU, 15 Ogos, 2012: Peniaga yang menjual 20 barangan dalam kategori barang kawalan sempena Aidilfitri tahun ini dinasihatkan supaya mematuhi had harga siling yang ditetapkan bagi memastikan hak pengguna di negara ini terjamin.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihak kerajaan serius dalam usaha memastikan golongan peniaga tidak mengambil kesempatan sempena musim perayaan dengan mengenakan harga yang mahal kepada pengguna.

"Keseriusan kerajaan jelas apabila tiga peniaga pasar yang ditangkap melanggar peraturan pada minggu lalu, bakal dikenakan kompaun maksimum RM50,000.

"Tindakan ini bertujuan untuk memberi amaran kepada peniaga-peniaga lain agar sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment