My Add

Tuesday 14 August 2012

Patuhi jadual elak kesesakan

Oleh TERMIZI CHE ANUAR
KUALA LUMPUR, ISNIN, 13 Ogos, 2012: PLUS Malaysia Bhd. (PLUS) menasihatkan pengguna Lebuh Raya Utara-Selatan agar mematuhi jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan pengendali lebuh raya berkenaan bagi mengelakkan kesesakan menjelang cuti Aidilfitri.

Ketua Pegawai Operasinya, Mohammad Fuad Khusairi berkata, pengguna dinasihatkan menggunakan jadual tersebut bermula pada 16, 17 dan 18 Ogos serta 30 dan 31 Ogos ini.

"Pengguna yang menuju ke Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Johor dinasihatkan agar memasuki PLUS sebelum jam 12 tengah hari.

"Mereka yang menuju ke destinasi lebih hampir dengan Lembah Klang seperti Tampin, Alor Gajah, Ipoh dan Simpang Pulai pula disarankan supaya bergerak di antara 3 petang hingga 6 petang supaya perjalanan menjadi lebih lancar," katanya.  - UTUSAN

No comments:

Post a Comment