My Add

Tuesday 14 August 2012

Pelawak Yahya Sulong koma selepas terjatuh

KUALA LUMPUR, SELASA, 14 Ogos, 2012: Pelakon dan pelawak veteran, Datuk Yahya Sulong, 84, kini koma dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang sejak petang semalam kerana terjatuh di bilik air rumahnya di Bandar Baru Sentul, di sini pada Isnin lalu.

Menurut saudara terdekatnya yang dihubungi sebentar tadi, isteri beliau iaitu Datin Alisah Ali, 65, juga baru sahaja dimasukkan ke hospital dan turut dirawat di tempat yang sama. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment