My Add

Monday 13 August 2012

Pembangkang takut guna tema 'Janji Ditepati' - Mukhriz

ALOR SETAR, AHAD, 12 Ogos, 2012: Pakatan pembangkang takut dengan tema Hari Kebangsaan pada tahun ini iaitu '55 Tahun Merdeka Janji Ditepati' kerana mereka tidak pernah menepati janji yang ditaburkan kepada rakyat sebelum ini.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, ini berbeza dengan kerajaan di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) yang sentiasa menepati janji kepada rakyat sejak 55 tahun negara merdeka.

"Sejak dahulu BN sentiasa mengotakan janji kepada rakyat, sebaliknya dalam tempoh empat tahun selepas Pilihan Raya Umum Ke-12, kita boleh nampak segala manifesto pakatan pembangkang tidak ditunaikan.

"Berhubung isu ini juga kita boleh nampak macam tidak wujud kesepakatan antara mereka untuk buat satu perkara paling mudah iaitu tema untuk meraikan Hari Kemerdekaan," katanya selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada pengerusi dan setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) di Dewan Kodiang, semalam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment