My Add

Wednesday 15 August 2012

Pemuda Pas Kelantan gesa Nasharudin nyata pendirian

Nasharudin Mat Isa
MOHD NURI MAT YAACOB
KOTA  BHARU, RABU, 15 ogos, 2012:Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan meminta bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa, yang juga merupakan Ahli Parlimen Bachok, menyatakan pendiriannya dengan jelas sama ada masih ingin bersama Pas atau membawa haluan yang bertentangan dengan kehendak parti.

Ini berikutan kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau tersiar di dalam Buletin Utama TV3 hari ini (semalam) di mana beliau mencadangkan agar Pas keluar dari Pakatan Rakyat jika DAP menentang hudud.

Setiausaha Dewan Pemuda Pas Kelantan, Mohd Nuri Mat Yaacob berkata, melihat cadangan beliau tersebut hanyalah mengulangi hujah-hujah yang diratib oleh pemimpin-pemimpin UMNO selama ini.

Sedangkan semua pihak sedia maklum bahawa kerajaan pusat yang ditunjangi oleh UMNO dan BN yang sebenarnya menghalang pelaksanaan hudud di Kelantan selama ini, katanya.

Menurutnya, ditambah dengan sikap beliau yang dilihat pro-UMNO sejak kebelakangan ini, Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan melihat amat wajar untuk beliau membuat pengisytiharan rasmi adakah beliau masih setia bersama Pas atau sebaliknya.

"Jika beliau sudh tidak berminat bersama-sama dengan Pas, amatlah wajar untuk beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok daripada terus-menerus mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat Bachok di dalam PRU12 yang lalu.

"Bagi Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan, Pas sedikitpun tidak rugi jika individu seperti beliau mengangkat kaki meninggalkan parti,' tegasnya. - Sinar Harian

No comments:

Post a Comment