My Add

Tuesday 14 August 2012

Pencapain Olimpik London membanggakan - Ahmad Shabery

SEPANG, SELASA, 14 Ogos, 2012: Walaupun gagal meraih emas pertama, kejayaan kontinjen negara mengulangi pencapaian di Atlanta, Amerika Syarikat pada 1996 dengan satu perak dan satu gangsa pada Olimpik London tetap membanggakan.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kontinjen negara di London juga mencipta sejarah tersendiri apabila memenangi pingat menerusi acara sukan selain badminton.

"Kita boleh katakan ini satu peningkatan yang besar. Selain itu, kita juga menyaksikan penampilan atlet-atlet kita dalam lapan acara akhir dan sekiranya prestasi ini terus diperbaiki, sasaran untuk mendapat pingat berada dalam jangkauan kita,” katanya.

Beliau yang ditemui pemberita selepas menyambut ketibaan skuad akuatik di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, bagaimanapun mengulangi permohonan maaf kepada rakyat Malaysia atas kegagalan kontinjen negara meraih emas pertama.

"Walaupun kita tidak mencapai sasaran kita tetapi penglibatan rakyat dalam memberi sokongan kepada atlet-atlet kita sangat membanggakan,” katanya. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment