My Add

Monday 13 August 2012

Penghidap HIV masih dipinggir

KUALA LUMPUR, ISNIN, 13 Ogos, 2012: Tahap kesedaran di kalangan masyakarat untuk menerima golongan penghidap HIV di negara ini masih rendah walaupun pelbagai usaha dijalankan bagi mewujudkan kesedaran mengenainya.

Pengerusi Yayasan PT Hisyam Hussein berkata ketika ini masih ramai yang kurang sedar dan meminggirkan penghidap HIV.

Malah ada yang tidak sanggup bersalaman dan makan bersama kerana bimbang dijangkiti virus itu, katanya pada majlis berbuka puasa bersama penghidap HIV dan golongan terjejas di Pusat Bantuan Khidmat (PBKS), Wisma Tan Com di Jalan Tunku Abdul Rahman di sini di bawah program ”Positive Living” anjuran Yayasan PT.

Pada majlis itu, seramai 300 penghidap HIV dan golongan terjejas menerima sumbangan Aidilfitri dalam bentuk hamper dan wang tunai.

"Sehubungan itu, semua pihak perlu mengembleng tenaga dan memberi sokongan kepada golongan itu supaya dapat berdikari dan diterima oleh masyarakat.

"Pembawa HIV positif bukan sahaja menderita dari segi fizikal, malahan turut menghadapi tekanan emosi dan perasaan akibat stigma dan diskriminasi masyarakat terhadap mereka,” katanya — BERNAMA

1 comment: