My Add

Sunday 12 August 2012

Penyatuan parti politik Melayu hanya mimpi di siang hari

KUALA LUMPUR, AHAD, 12 Ogos, 2012: Harapan untuk melihat parti-parti politik Melayu bersatu di negara ini disifatkan sebagai `mimpi di siang hari’.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, beliau sendiri pernah mengharapkan UMNO, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersatu di bawah satu parti, namun senario yang berlaku ketika ini menyaksikan ia sukar dicapai.

``Saya nampak sikap Pas dan PKR amat keterlaluan daripada segi politik kepartian dan saya percaya mereka tidak dapat ketepikan politik kepartian itu untuk bersatu di bawah satu parti,’’ katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mahu melihat parti-parti Melayu bersatu di bawah satu parti. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment