My Add

Monday 13 August 2012

Pergelangan tangan hancur

Oleh YATIMIN ABDULLAH
KOTA BHARU, AHAD, 12 Ogos, 2012: Sudah begitu kerap berita mengenai tragedi main mercun dihebahkan namun ia belum cukup memberi kesedaran buat seorang pemuda.

Apa tidaknya, penjual sayur berusia 20 tahun itu bertindak berani menyalakan 20 biji mercun bola secara serentak lalu menghasilkan letupan kuat sehingga menyebabkan pergelangan tangan kanan serta jarinya hancur.

Kejadian berlaku di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong dekat sini tengah hari ini ketika mangsa Mohd. Shahril Affendi sedang menjual sayuran.

Letupan mercun itu turut mengakibatkan rakannya, Mohd. Ahmad Ismail, 19, cedera di badan dan mata. Kedua-kedua mangsa kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dekat sini.

Menurut sumber, tangan kanan Mohd. Shahril berkemungkinan terpaksa dipotong bagi mengelak jangkitan kuman. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment