My Add

Monday 13 August 2012

Perhimpunan 'Janji Bersih' bermotifkan politik - Noh


*NOH Omar melihat senarai harga barang sambil di perhatikan oleh Badruddin Amiruldin (kiri) selepas melancarkan Pasar Tani Aidilfitri di Seksyen 13 Shah Alam, Selangor, semalam.

SHAH ALAM, AHAD, 12 Ogos, 2012: Perhimpunan 'Janji Bersih' yang dirancang beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih) sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55 merupakan tindakan bermotifkan politik dan bukannya untuk kepentingan rakyat.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, perhimpunan itu sememangnya dirancang NGO berkenaan termasuk pemimpin pembangkang dengan niat mencemari semangat sambutan Hari Kemerdekaan selain mencetuskan persepsi rakyat kononnya Malaysia sebuah negara yang tidak adil dan bersih.

Jelas Noh, tindakan NGO berkenaan adalah tidak wajar kerana Hari Kemerdekaan negara adalah hari yang mana semua rakyat sepatutnya berada dalam suasana yang sama dari segi semangat selain disusuli dengan perpaduan yang erat antara satu sama lain. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment