My Add

Monday 13 August 2012

Peringatan Ketua Polis Negara

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
KOTA BHARU, AHAD, 12 Ogos, 2012: Polis sudah bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan sekiranya masih ada pihak yang berhasrat mengadakan 'Himpunan Janji Bersih' di ibu negara pada malam 30 Ogos depan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, pihaknya sudah bersedia sepanjang masa termasuk kemungkinan berlaku tindakan kumpulan itu yang menggugat ketenteraman awam.

Bagaimanapun beliau berkata, polis tidak akan menghalang perhimpunan tersebut sekiranya ia tidak melanggar peraturan yang ditetapkan dengan semangat kemerdekaan.

"Jika mereka hendak berhimpun semata-mata bagi meraikan kemerdekaan, itu hak semua tetapi jangan bawa agenda lain atau kepentingan pihak tertentu atau mengambil kesempatan untuk membelakangkan undang-undang negara.

"Polis berada pada tahap bersedia pada setiap masa, ini adalah komitmen kami untuk menghadapi apa saja," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment