My Add

Monday 13 August 2012

Pilihan raya umum tidak mungkin pada Oktober: Tengku Adnan

PUTRAJAYA, ISNIN, 13 Ogos, 2012: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberi bayangan bahawa pilihan raya umum akan datang kemungkinan tidak diadakan pada Oktober.

Beliau berkata, akan timbul banyak masalah jika pilihan raya diadakan pada masa itu kerana bulan tersebut adalah bulan untuk umat Islam menunaikan haji.

"Kalau kita buat juga pilihan raya pada masa itu nanti akan timbul tuduhan kata kerajaan tidak peka dengan hal-hal agama Islam. Saya tidak yakin pilihan raya akan diadakan pada Oktober," katanya kepada pemberita di sini.

Pada Jun lalu, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan meminta semua anggota parti itu yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya agar menangguhkan ibadah haji bagi menghadapi pilihan raya umum.

Dalam perkembangan lain, Tengku Adnan berkata, mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Putrajaya akan diadakan pada 1 September depan serentak dengan majlis sambutan hari raya Aidilfitri dan dijadual dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment