My Add

Thursday 16 August 2012

PM sumbang tiket haji untuk keluarga Noramfaizul

KUALA LUMPUR, RABU, 15 Ogos, 2012: Keluarga Allahyahyam Noramfaizul Mohd Nor, jurukamera Bernama TV yang terbunuh ketika menyertai misi kemanusiaan ke Somalia tahun lepas, hari ini menerima surat tawaran mengerjakan haji daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ia disampaikan bagi pihak Najib oleh Presiden Kelab Putera 1Malaysia Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim kepada ayah Noramfaizul, Mohd Nor Md Yasin, di rumahnya di Taman Serdang Raya di sini.

"Hari ini genap setahun kami telah berada di bumi Somalia. Allahyarham berada bersama kami tahun lepas. Jadi hari ini kita adakan majlis tahlil dan bacaan Yasin untuk Allahyarham Noramfaizul," katanya kepada pemberita selepas majlis itu.

Tawaran mengerjakan haji itu turut dipanjangkan kepada ibu dan adik Noramfaizul, Naemah Abdul Majid dan Nur Najihah.

Noramfaizul, 39, terbunuh akibat terkena tembakan curi di Mogadishu pada 2 Sept 2011 semasa membuat liputan misi kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia bagi membantu mangsa kebuluran Somalia.

Dalam kejadian itu, jurukamera TV3 Aji Sarigar Mazlan turut mengalami kecederaan di lengan akibat terkena serpihan peluru yang menembusi bahu Noramfaizul. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment