My Add

Monday 13 August 2012

Polis buru ketua Geng Tikus

JOHOR BAHARU, isnin, 13 oGOS, 2012: Polis sedang memburu ketua Geng Tikus yang masih bebas setelah lima anggota geng itu ditahan di sebuah rumah di Taman JP Perdana awal bulan ini.

Ketua Polis Johor, DCP Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata suspek dikenali sebagai Lee Sai Kiew, 40, yang beralamat terakhir di No 280 Cheroh, Raub, Pahang.
“Geng ini disyaki terlibat dalam kes pecah rumah, samun dan curi kereta di sekitar Iskandar Malaysia,” katanya.
Dalam serbuan 5.30 pagi pada 4 Ogos itu, anggota kumpulan itu yang ditahan terdiri daripada empat lelaki tempatan dan seorang wanita Indonesia, berumur lingkungan 25 hingga 30 tahun.
Mohd Mokhtar berkata, siasatan mendapati tiga daripada mereka mempunyai tujuh rekod kesalahan termasuk bunuh, samun, curi kenderaan dan dadah. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment