My Add

Tuesday 7 August 2012

Polis PNG tahan lelaki dari Sarawak

KUALA LUMPUR, SELASA, 07 Ogos, 2012: Polis di Papua New Guinea (PNG) telah menahan seorang lelaki dari Sarawak atas dakwaan menggelapkan saham dalam dua syarikat PNG yang terbabit dalam pembalakan dan penanaman kelapa sawit, menurut akhbar The National di negara itu.

Lelaki itu, yang kediamannya di PNG ialah di Waigani Village di Port Moresby, sudah ditemu bual di Pejabat Fraud dan Pencegahan Rasuah Nasional di Konedobu sebelum didakwa di mahkamah.
Ia berikutan aduan oleh seorang pengarah warga Malaysia bagi kedua-dua syarikat.

Suspek kini ditahan di balai polis Boroko berikutan dinafikan ikat jamin. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment