My Add

Monday 6 August 2012

Polis rangka pelan lebih baik sempena Ops Sikap

KULIM, AHAD, 05 Ogos, 2012: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan merangka pelan lebih baik bagi mengurangkan kadar kemalangan maut menjelang Ops Sikap yang bakal dilancarkan minggu depan, sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, bagaimanapun para pengguna jalan raya diminta terus mengamalkan sikap berhemah ketika di jalan raya.

Katanya, walaupun polis merangka pelbagai pelan dan penguatkuasaan undang-undang, namun jika sikap pemandu dan pengguna jalan raya tidak berubah, matlamat mengurangkan kematian semasa musim perayaan sukar dicapai.

"Oleh itu, penguna jalan raya sewajarnya mematuhi arahan dan nasihat pihak polis ketika memandu. Berdasarkan pemerhatian kita, cara pemanduan dan penggunaan jalan raya di kalangan rakyat sejak akhir-akhir ini makin baik," tegasnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment