My Add

Wednesday 15 August 2012

Polis tahan ibu kandung kanak-kanak mati didera

Oleh ASLIZA MUSA
IPOH, RABU, 15 Ogos, 2012: Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang dipercayai mati akibat didera di sini hari ini.

Wanita berusia 33 tahun yang merupakan ibu kandung mangsa,ditahan sepasukan polis dihadapan rumah mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun pada pukul 11.15 pagi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Azisman Alias ketika dihubungi, mengesahkan laporan itu dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment