My Add

Monday 13 August 2012

Polis tumpas Geng Sari dan Geng Kulmit

IPOH, ISNIN, 13 Ogos, 2012: Polis Ipoh menahan sembilan orang termasuk empat wanita membabitkan dua kumpulan jenayah yang aktif di bandar raya ini, menerusi dua serbuan kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Azisman Alias berkata kesemua suspek yang berusia antara 30 hingga 56 tahun itu merangkumi lima anggota ”Geng Sari dan empat ”Geng Kulmit”.

Tiga daripada anggota Geng Sari itu ditahan di sebuah rumah di bandar raya ini, manakala dua lagi ditangkap di Kampung Ara Payong, Batu Gajah, katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Beliau berkata hasil pemeriksaan polis menemui pelbagai jenis barang yang dicuri mereka termasuk barangan kemas, beg tangan, telefon bimbit serta beberapa botol minuman keras dengan anggaran nilai RM5,000.

Kumpulan ini dikenali Geng Sari kerana menggunakan suspek wanita berpakaian sari menghampiri wanita yang bersendirian di kawasan seperti tempat menunggu bas atau di rumah dengan berpura-pura mahu membantu. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment