My Add

Thursday 16 August 2012

Polis tumpu 10 kawasan berisiko jenayah

KEPALA BATAS, KHAM IS, 16 Ogos, 2012: Polis Pulau Pinang akan menumpukan rondaan di 10 kawasan panas yang kerap berlaku jenayah bagi membendung jenayah di negeri ini semasa cuti perayaan Aidilfitri ini.

Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, antara kawasan yang kerap berlaku jenayah ialah Jelutong, Jalan Patani, Pulau Tikus, Mak Mandin dan Butterworth.

"10 kawasan panas berkenaan akan diadakan rondaan dengan lebih kerap bagi memastikan tidak berlaku jenayah supaya orang ramai tidak perlu bimbang untuk berhari raya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program konvoi Singgah Sahur anjuran Pemuda UMNO Kepala Batas di sini awal pagi ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment