My Add

Thursday 16 August 2012

Projek Pulau Gula dibantah


*S.M Mohamed Idris (kanan) mendengar penerangan daripada Pegawai Penyelidik Sahabat Alam Malaysia, Meor Razak Meor Abd. Rahman mengenai projek akuakultur di Pulau Gula, Kerian, Perak, semalam.

Oleh MOHD. FIRDAUS ISMAIL 

PULAU PINANG, RABU, 15 Ogos, 2012: Sahabat Alam Malaysia (SAM) membantah cadangan projek pembangunan Kompleks Akuakultur di Pulau Gula, Kerian, Perak kerana bimbang ia boleh menimbulkan kesan buruk terhadap alam sekitar.

Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, berdasarkan kajian pihaknya, projek seluas 230 hektar itu berpotensi mendatangkan kemusnahan terhadap kawasan semula jadi, pinggir pantai dan pesisir pantai.

"SAM kesal apabila mendapati kawasan hutan paya laut di kawasan tersebut telah diluluskan untuk kegiatan akuakultur walaupun sebelum ini kami telah menyuarakan kebimbangan mengenai kemusnahan hutan paya laut yang serius di situ. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment