My Add

Tuesday 21 August 2012

PRU13: Anwar sah pertahan Permatang Pauh



BUTTERWORTH\, ISNIN,Ogos, 2012: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sah akan mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.

Beliau yang juga Ketua Umum PRR membuat pengesahan tersebut ketika ditanya mengenai calon PKR yang akan dikemukakan oleh parti itu pada pilihan
raya umum nanti.

"Tiada sebarang pengesahan siapa akan bertanding di kerusi Parlimen atau Dewan Undang Negeri (Dun) mana, kecuali saya yang sah akan bertanding di
Permatang Pauh," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman, di Pusat
Khidmat PKR Guar Perahu di sini hari ini.

Pada 2008, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengosongkang kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding pada
pilihan raya kecil untuk kerusi tersebut.

Pada pilihan raya kecil itu, Anwar mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Arif Shah Omar Shah daripada Umno dan Hanafi Mamat daripada Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) dengan majoriti 15,671 undi.

Dalam pada itu, Mansor berkata PKR Pulau Pinang akan mengemukakan 30 peratus muka baharu sebagai calon pada PRU13.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan bilangan dan identiti calon terbabit, sambil menyifatkan mereka dipilih berdasarkan sifat tanggungjawab untuk berjuang dan berkhidmat demi masyarakat.

Mansor juga enggan mengulas sama ada beliau akan mempertahankan kerusi Dun Penanti dan bertanding kerusi Parlimen Nibong Tebal.

Bagaimanapun, katanya, perkara itu akan diserahkan kepada pucuk pimpinan parti. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment