My Add

Tuesday 14 August 2012

Radziah Ani diarah bela diri

KUALA LUMPUR, ISNIN, 13 Ogos, 2012: Seorang bekas Timbalan Pengurus di sebuah syarikat pembekal peralatan telekomunikasi dan penyelesaian rangkaian hari ini diperintah oleh Mahkamah Sesyen di sini membela diri atas tuduhan memberi rasuah RM25,000 kepada seorang pegawai Telekom Malaysia Bhd. (Telekom), enam tahun lalu.

Hakim Rozilah Salleh memutuskan demikian terhadap Radziah Ani, 50, setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap wanita tersebut.

Tertuduh didakwa memberikan sekeping cek tunai Alliance Bank bernilai RM25,000 kepada Penolong Pengurus Bahagian Perolehan Telekom, Mohd. Asri Idris, 42, di antara pukul 1 dan 2.30 petang, 17 Februari 2006.

Cek Alcatel Networks Systems (M) Sdn. Bhd. (Alcatel) bertarikh 15 Februari 2006 itu diberikan sebagai upah kepada Mohd. Asri membekalkan maklumat berhubung satu tender. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment