My Add

Monday 6 August 2012

Rakyat perlu bijak guna hak

*ISMAIL Sabri Yaakob menyampaikan Bantuan Am Tertunggak Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada golongan miskin daerah Bera, di Bera, kelmarin.


0leh ALI MAHMOOD
BERA, AHAD, 05 Ogos, 2012: Rakyat perlu bijak menggunakan hak sebagai pengguna dan bukannya terlalu bergantung kepada pihak berkuasa semata-mata untuk melindungi mereka daripada menjadi mangsa penipuan para peniaga.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, walaupun pihaknya mempunyai 2,000 pegawai penguat kuasa, 1,400 sukarelawan dan 60,000 ahli skuad pengguna di seluruh negara, ia tidak mencukupi untuk mengawal peniaga tidak bertanggungjawab.

"Saya berharap rakyat yang juga pengguna sekurang-kurangnya membuat laporan di pejabat kementerian berhampiran jika terdapat para peniaga yang menipu mereka dengan cuba mengaut keuntungan berlebihan," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment