My Add

Tuesday 14 August 2012

Rebat 30% pembayaran elektronik di PLUS

KUALA LUMPUR, ISNIN 13 Ogos, 2012: PLUS Malaysia Bhd. (PLUS) mengumumkan pemberian rebat sebanyak 30 peratus kepada pengguna Lebuh Raya Utara-Selatan yang menggunakan sistem pembayaran elektronik.

Ketua Pegawai Operasinya, Mohammad Fuad Khusairi berkata, pemberian rebat tersebut merupakan langkah untuk melancarkan perjalanan pengguna lebuh raya PLUS pada musim perayaan ini.

"Rebat itu bakal dinikmati pengguna sistem pembayaran elektronik seperti kad PLUSMiles atau Touch 'n Go pada 16, 22, 23 dan 31 Ogos ini.

"Langkah ini juga bagi menggalakkan orang ramai memulakan perjalanan di luar waktu puncak dan beralih kepada sistem elektronik yang lebih menjimatkan masa serta mengurangkan kesesakan, khususnya di plaza tol," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengenai jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) dan persiapan PLUS bagi menangani peningkatan trafik sempena cuti Aidilfitri di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment