My Add

Monday 20 August 2012

Rumah ibu tunggal terbakar ketika keluar beraya

JOHOR BAHRU, ISNIN, 20 Ogos, 2012; Dalam kemeriahan menyambut Hari Raya Aidilfitri, seorang ibu tunggal hilang tempat tinggal selepas rumah yang didiami bersama anak lelakinya terbakar di Kampung Bendahara di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 1.15 petang itu, Tomi Mohd. Said, 68, bersama anak lelakinya, Mohd. Sihat Mohd. Amin, 36, tidak berada di rumah kerana menyambut Aidilfitri di rumah saudaranya di Felda Air Tawar, Kota Tinggi.

Tinjauan Utusan Malaysia di rumah tersebut mendapati, bahagian dapur dan ruang tamu musnah terbakar bersama-sama kuih-muih, peti ais, barangan elektronik termasuk televisyen 42 inci yang baru dibeli sebulan sebelum raya.

No comments:

Post a Comment