My Add

Tuesday 14 August 2012

Sedia timbang naik taraf politeknik kepada universiti

KUALA LUMPUR, ISNIN, 13 Ogos, 2012: Kementerian Pengajian Tinggi sedia mempertimbangkan untuk menaiktaraf semua politeknik menjadi universiti pada masa akan datang.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bagaimanapun berkata, untuk melaksanakan perkara itu, Jabatan Pengajian Politeknik perlu menyamakan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) institusi tersebut dengan institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Selain itu, jelasnya, politeknik juga perlu menawarkan pelbagai program di peringkat ijazah pertama.

''Jika politeknik dapat menyediakan lebih banyak program ijazah pertama, maka, ia lebih sesuai untuk dinaik taraf menjadi universiti, sekali gus PNGK akan setara dengan kolej matrikulasi dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

''Sehubungan itu, Jabatan Pengajian Politeknik telah menubuhkan satu jawatankuasa yang dianggotai pakar-pakar dari IPTA bagi meneliti sistem PNGK yang baru dan program ijazah pertama itu,'' katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara Jabatan Pengajian Politeknik dengan Taiace Engineering Sdn. Bhd. di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment