My Add

Saturday 11 August 2012

Selenggara jalan raya: Aspek keselamatan diutamakan

KUALA LUMPUR, SABTU, 11 Ogos, 2012 11 Ogos - Kementerian Kerja Raya sentiasa memastikan aspek keselamatan menjadi perkara utama dalam melaksanakan kerja-kerja pembangunan dan penyelenggaraan rangkaian jalan dan lebuh raya di negara ini.

Menteri berkenaan Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata, pelbagai peralatan serta aplikasi hasil inovasi digunapakai dalam usaha mencegah dan seterusnya mengurangkan risiko berlaku kemalangan jalan raya.

"Pelaksanaan langkah penambahbaikan di lokasi-lokasi kerap berlaku kemalangan atau lebih dikenali sebagai lokasi "blackspot" juga dibuat secara komited oleh Jabatan Kerja Raya dan Lembaga Lebuhraya Malaysia yang mana ia dipantau secara khusus.

"Dalam masa yang sama, kempen keselamatan juga merupakan satu usaha berterusan kerajaan dalam memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya tentang betapa pentingnya aspek keselamatan," katanya dalam teks ucapan pada majlis pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya anjuran Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (Lpkpm) di Plaza Tol Gombak di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Setiausaha Politiknya Datuk As"ari Ibrahim.- BERNAMA

No comments:

Post a Comment