My Add

Monday 13 August 2012

Selesai dulu isu rumah urut, UNISEL

Oleh ABDUL YAZID ALIAS
SHAH ALAM, AHAD, 12 Ogos, 2012: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diingatkan menyelesaikan terlebih dahulu masalah percambahan pusat-pusat urut, judi dan hiburan yang semakin berleluasa di Selangor daripada mencampuri urusan pembinaan Loji Rawatan air Langat 2 (Langat 2).

Perkara itu ditegaskan Timbalan Ketua Pembangkang negeri, Wong Koon Mun (gambar) yang menyifatkan tindakan Abdul Khalid mencampuri bidang kuasa Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dalam pengeluaran arahan pembangunan Langat 2 adalah tindakan memalukan sebagai seorang Menteri Besar.

Katanya, sebagai individu yang mengetuai pentadbiran di Selangor, Abdul Khalid sepatutnya lebih mengetahui perkara yang perlu diberikan tumpuan bagi memastikan kebajikan serta masa depan penduduk negeri ini tidak terjejas. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment