My Add

Tuesday 14 August 2012

Sindiket edar dadah di kuil tumpas

Oleh MOHD. AINUDDIN ALIFF SALEHUDEN
SHAH ALAM, ISNIN, 13 Ogos, 2012: Polis menumpaskan satu sindiket dadah yang menjadikan kuil sebagai lokasi pengedaran selepas menahan enam ahli kumpulan itu dalam serbuan di Gombak kelmarin.

Serbuan yang dibuat di kuil dan sebuah pangsapuri itu menemui sejumlah 12.74 kilogram dadah jenis heroin dan ketamin yang dianggarkan bernilai kira-kira RM500,000.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, empat daripada suspek ditahan di tempat letak kereta Kuil Sri Subramaniam, Batu Caves kira-kira pukul 1.30 petang.

Menurut beliau, pemeriksaan polis di sebuah kereta yang dinaiki suspek berjaya menemui satu beg plastik hitam mengandungi ketulan dadah dipercayai heroin seberat kira-kira 3.63 kilogram.

Hasil soal siasat menerusi tangkapan itu membawa polis ke sebuah pangsapuri di Gombak dan di sana, polis menahan dua lagi lelaki dipercayai ahli sindiket pengedaran dadah tersebut, katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment