My Add

Sunday 12 August 2012

SPNB tawar rumah percuma kepada keluarga Ibrahim Pendek

MELAKA, SABTU, 11 Ogos, 2012: Keperitan hidup keluarga pelawak Allahyarham Ibrahim Pendek mendapat perhatian Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) yang bersedia membina rumah kepada keluarga seniman itu secara percuma di bawah program Rumah Amal Jariah syarikat itu.

Pengerusinya, Datuk Ir. Idris Haron berkata, SPNB bersedia berbuat demikian dengan syarat kerajaan negeri dapat menyediakan sebuah tapak bagi pembinaan rumah tersebut.

Menurutnya, rumah tiga bilik berharga RM42,000 akan dibina untuk ahli keluarga Allahyarham Ibrahim Pendek jika kerajaan negeri memberi kelulusan pembinaan atas sebidang tanah secepat mungkin.

"Di bawah skim yang SPNB perkenalkan ini, penerima tidak perlu membayar balik pinjaman perumahan sebaliknya mendapat rumah itu secara percuma.

"Bagi ahli keluarga Allahyarham Ibrahim Pendek, hanya itu sahaja yang SPNB mampu lakukan bagi meringan beban mereka," katanya selepas menghadiri majlis Setulus Kasih Ramadan, Kempen Kibar Jalur Gemilang dan penyampaian bantuan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Serbaguna Penjara Sungai Udang di sini semalam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment