My Add

Sunday 12 August 2012

Sultan Selangor sampai sumbangan kepada anak yatim

MELAKA, SABTU, 12 Ogos, 2012: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyampaikan sumbangan hari raya Aidilfitri kepada 62 penerima dari rumah anak yatim Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Pantai Puteri di sini, hari ini.


Sumbangan itu adalah sumbangan peribadi baginda.
Pengurus rumah anak yatim itu, Ibrahim Abdul Hamid berkata, sumbangan itu amat bermakna buat penghuni rumah anak yatim berkenaan bagi persiapan menyambut hari raya yang bakal menjelma.

"Saya amat berbesar hati kerana baginda sultan sudi datang ke Melaka bagi memberi sumbangan kepada penghuni rumah anak yatim ini selama dua tahun berturut-turut," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis Kurniaan Sumbangan Hari Raya di sini.

Turut hadir Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Khalil Yaacob dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment