My Add

Thursday 16 August 2012

Syabas dilarang buat kenyataan bekalan air Selangor

SHAH ALAM, RABU, 15 Ogos, 2012: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) tidak lagi dibenarkan membuat sebarang kenyataan mengenai bekalan air di negeri ini melainkan mendapat kebenaran Jawatankuasa Pemantau Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, jawatankuasa yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi itu akan mengeluarkan kenyataan akhbar setiap hari sebaik selesai mesyuarat harian dengan pengurusan Syabas.

"Syabas tidak boleh memberi kenyataan mengenai operasi air melainkan telah mendapat kebenaran kerajaan negeri. Ini kerana Syabas merupakan operator air kepada kerajaan negeri dan kita mempunyai Pengarah Kawal Selia Air.

"Jadi, apa yang kita lakukan ketika ini adalah menekankan semula pengurusan yang sedia ada dalam perkara itu. Jika Syabas mempunyai sebarang perkara yang mahu dijelaskan, ia boleh dibuat kepada jawatankuasa tersebut sebelum tindakan diambil," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment