My Add

Tuesday 14 August 2012

Syabu bernilai RM1 juta dirampas

PULAU INDAH, SELASA, 14 Ogos, 2012: Polis Marin Pelabuhan Klang berjaya mematahkan cubaan menyeludup dadah ke Indonesia apabila merampas 7.5 kilogram syabu bernilai hampir RM1 juta di Kuala Sungai Klang, dekat sini awal pagi tadi.

Pegawai Pemerintah Polis Marin DSP Norzaid Muhammad Said berkata hasil risikan, bot peronda polis Marin menahan sebuah bot tukaran barang yang dalam perjalanan dari Pelabuhan Klang ke Tanjung Balai, Indonesia kira-kira 6.30 pagi.

"Kita mendapat maklumat ada bot dari Indonesia yang datang ke sini dan tidak membawa apa-apa barangan...bila bot itu berlabuh ke jeti ada kereta yang menghantar barangan ke bot terbabit dalam keadaan mencurigakan.

"Susulan daripada itu, sepasukan polis marin yang diketuai Insp Mohd Ruzuan Ahmad kemudian bertindak menahan bot terbabit di Kuala Sungai Klang,” katanya pada sidang media di sini.

Beliau berkata hasil pemeriksaan ke atas bot itu, polis menemui empat bungkusan plastik berwarna merah jambu mengandungi bahan disyaki syabu, yang disorokkan dalam bilik enjin dipercayai cuba diseludup keluar dari Malaysia. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment