My Add

Saturday 11 August 2012

Talian Nur 15999 Percuma di sekolah dilancar

KOTA KINABALU, SABTU, 11 Ogos, 2012: Buat julung kalinya, perkhidmatan Talian Nur 15999 Percuma di sekolah peringkat kebangsaan dilancarkan di Sabah bagi membantu menyelesaikan pelbagai masalah keselamatan kanak-kanak dan krisis sosial di kalangan remaja sekolah terutama di kawasan pedalaman.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman menyempurnakan pelancaran kemudahan terbaru yang diperkenalkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melibatkan telefon awam yang terletak atau berhampiran sekolah rendah dan menengah selain mudah digunakan oleh kanak-kanak serta golongan remaja.

Musa ketika berucap berkata, inisiatif kementerian berkaitan dalam memperluaskan program ini ke Sabah wajar dicontohi kerana ia satu usaha murni memandangkan kes melibatkan keselamatan kanak-kanak kini sangat membimbangkan.

"Justeru, pelancaran Talian Nur ini bertepatan pada masanya dan wajar diperluaskan ke sekolah-sekolah bagi mewujudkan persekitaran kondusif dan selamat bagi kanak-kanak,” katanya sambil menyambut baik kerjasama daripada Pernec Corporation Berhad di Sekolah Tinggi Kota Kinabalu di sini, hari ini.

Talian ini merupakan pusat panggilan bersepadu yang bertanggungjawab terhadap pertanyaan, aduan dan permohonan berkaitan kebajikan dan sosial selain beroperasi 24 jam setiap hari sepanjang tahun. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment